"diciptakan jarak bukan supaya kita lelah menanti, tetapi supaya kita tak putus berdoa".
jarak itu bukan hanya ruang, waktu dan perasaan saja. bukan jua semata-mata cinta sesama manusia, atau jodoh antara manusia. tetapi jarak antara hidup dan mati kita. jarak antara hari ni dan akhirat. jarak antara dosa dan pahala. juga jarak antara kita dengan syurga dan neraka. semuanya diciptakan berjarak, kerana DIA mahu menguji, siapa hamba-Nya yang tak berputus harap pada DIA :)